Trip ke Singapore

Hari pertama.
Cuti sekolah, kami satu keluarga ke Singapore!! Dok merantau ala² backpacker tapi sebenarnya tak, hehe. Memandangkan byk guna bas dan train better guna beg hiking mcm bagpacker. So kami pergi selamat 3 hari je, takleh duduk lama, duit sini besar². So ini kisah Hari pertama.

Kereta parking Kat JB, then naik KTM ke woodland train checkpoint, Singapore, 5 minit je dah sampai, tiket train kena beli 2 minggu awal, tiket habis cpt, boleh beli online, harga tiket rm5 sorang , 4 org = rm20

Sampai sana, isi borang ketibaan dan sebagainya, then kami ambil bas no 911 atau 913, harga 1.10 SGD = RM3.30 seorg. Bas tu menuju ke woodland mrt station.

Sampai woodland mrt station, kami apply ‘child concession card’ utk Lisa n Dina, dgn kad ni Lisa n Dina dpt Naik mrt free. Kami 2 org pulak guna ‘standard card’ je. Standard card’ ni boleh dpt kan di GTM. GTM tu maksudnya general ticket machine.

Ada 3 jenis kad yg boleh digunakan utk Naik mrt ni
1) ‘unlimited pass’ – yg ni boleh guna 3 Hari je, harga 26 SGD (Ni termasuk deposit SGD 10) = RM78, mahal ok, harga utk 2 org = RM156

2) ‘Ez link card’ – Ni mcm kad touch n go la, habis je baki dia, kita boleh topuo, Tapi rugi pakai kad Ni, sbb first time beli dia by 12 SGD, Tapi boleh guna 5 SGD je, bila nak top up, minimum top up ialah 10 SGD, totally utk ez link kad tu, dah jadi 22 SGD, 2 Org dah jadi 44 SGD = RM132, mahal jugak

3) ‘standard card’ – so ini lah pilihan ku, kami cuma spend rm70 ja utk 2 org ok, murah byk. Kad Ni kertas je, beli dkt GTM, boleh guna sbyk 6 Kali trip, trip yg ke 7, kena beli kad baru.

Lpas beli standard kad Ni, Lisa lapar pulak, so Kat woodland mrt station Ada byk kedai halal, Ada satu kedai mkn Ni murah nasi ayam dia 2 SGD je, so tapau 3 bungkus.

Lpas tu, laki aku g seven eleven Kat kawasan tu juga beli sim kad jenama singtel, penting ada simkad Ni, tapi beli 1 pun dh cukup sbb Kat hotel ada wifi

Then kami bergerak dari woodland (line merah) ke Farrer Park (line purple) tapi kena transit Kat Dhoby Ghaut dulu sblm sampai Farrer Park tu. Perjalann hampir sejam.

Sampai Farrer Park, Kali jln kaki ke Tai Hoe hotel, dekat je, hotel kami Ni dkat juga dgn Mustafa centre. Lpas check in, petang tu call grab utk ke night safari (zoo).

Sampai zoo , hujan pulak, adeh, tapi Masa dlm zoo tu kami Naik tram, nama pun night safari, nmpak binatang pun gelap je, takpela yg penting Lisa habis hati, yg paling kesian adik dia la, pendek, susah nak nmpak binatang.

Sepatutnya lpas Naik tram, kami boleh berjln explore night safari Ni lagi, tapi dh hujan, no explore mende, ada 1 show pun terpaksa dibatalkan, nasib.

Masa Kat zoo Ni, punya la byk org India, aku ingat waktu mcm Ni depa sambut deepavali Kat umah he mcm kita, tapi depa keluar jln2 yek time Raya.

Balik tu, lapar, sampai hotel, kami tapau nasi goreng, byk kedai mamak Dan kedai lain yg halal Kat kawasan hotel Ni, belanja mkn mlm je dlm rm50.

Hari kedua !!
Ok, harini episode Hari ke2 pulak.
Kami check out hotel Tai Hoe, sblm bergerak ke hotel yg setrrusnya, kami jln2 dulu ke Mustafa centre, beg kami parking Kat kaunter hotel Tai hoe, staff kat situ baik. Dia brkenan Kat Dina, hehe.

Sblm masuk ke Mustafa centre, lunch dulu Kat kedai mamak, halal. Mustafa centre Ada 8 tingkat. Macam² ada, bukak 24 jam, Ada minyak wangi, dompet, ubat, segala mcm barang ada.

Kemudian kami pun menuju ke hotel yg kedua. So, dari Ferrer Park mrt station (line purple) menuju ke novena mrt station (line merah). Sebelum sampai ke novena mrt station, kena transit di Dhoby Ghaut dulu.

Singapore Ni, setiap Kali nk gerak dari satu tempat ke tempat yg lain, naik mrt. Mrt dia ada byk jenis, so nak membezakan, mereka guna warna, tu yg ada line merah la, line purple la. So dari Ferrer park (line purple) menuju ke novena (line merah), bila tempat yg nak dituju tu tak sama warna, maksudnya kena transit. Paham Tak?? Tak paham pun takpe la, 😁.

Sampai novena mrt station, kami tunggu shuttle bas. Hotel yg kami duduk tu ada sediakan free shuttle bas. Sampai hotel, rehat jap, petang baru keluar makan.

Kami mkn di novena centre dekat dgn novena mrt station. Ada 1 kedai makanan halal Kat situ, dekat dgn pintu masuk novena centre. Purata seorang makan Kat Singapore , SGD 7, termasuk air, iaitu sama dgn rm21.

Habis makan, kami menuju ke merlion park. Tempat Singa keluar air ikut mulut tu. So dari novena mrt station, kami menuju ke raffle place mrt station. Dari raffle place tu, jauh gak nak ke merlion park.

Tapi disebabkan sepanjang berjalan nak menuju ke merlion park tu, byk lampu² yg cantik, jadi perjalanan tu takla rasa jauh sangat. Singapore ni malam² dia cukup cantik.

Sampai di merlion park, ada persembahan lampu, pukul 7.45 Dan 8.45. Habis je persembahan lampu, kami pun nak bergerak ke garden by the bay dan OCBC Skyway, malangnya hujan lagi daa…..arghhh…nasib badan. Terpaksa la balik sebab tgok gaya hujan macam taknak berenti.

So berlari² anak la kami ke stesen mrt terdekat, tetiba ada sorang mamat ni, naik basikal dan baju hujan berhenti dan bagi payung kat aku, terharunyee 😭.

Hari ketiga pulak!!
Harini kami ke USS!! Tapi kami dah terlepas shuttle bas, so kami decide jalan kaki je ke novena mrt station. Dari hotel ke novena mrt station tu satu km lebih tapi tak rasa jauh pun sbb tak panas, pokok pun byk, tempat jalan kaki berbumbung pun byk.

Dah jalan satu km, lapar la pulak, jadi kami breakfast di KFC. Kemudian kami tapau lagi 3 biji burger kfc utk bekalan dlm USS.

Dari novena mrt station kami menuju ke harbourFront mrt station. Turun dari mrt, dekat tu ada VivoCity Mall. Naik tingkat 3, untuk naik Sentosa Express sky train utk ke pulau Sentosa. Seorang can harga train tu SGD 4, empat org SGD 16 = RM64, harga ni termasuk tiket balik.

USS terletak dlm pulau Sentosa, dlm USS tu ada 7 tema, masuk-masuk tu jumpa tema Hollywood dulu. Antara USS dan Legoland, USS lagi ok, sbb Dina boleh main byk game dlm USS padahal Dina masuk free sedangkan d Legoland Dina kena bayar. Buat pertama kalinya Dina main roller coaster utk kanak kanak, sbb Kat USS, tinggi 92 cm dah boleh main, di Legoland 100 cm baru dpt main.

Nak jadikan kisah sedih, Dina muntah atas aku sbb dia batuk, aduhai anak oi, dia takpele, ada baju spare, aku ni ha, lap lap je la, sembur mcm mcm, bau muntah tetap mengaum.

Sebenarnya best sgt di USS tapi tak semua game dpt main. In Sha Allah satu hari nnti kami akan kembali wahai USS tapi kena tgu Dina tinggi lagi supaya lg byk game dia boleh main. Time tu aku n laki aku pun dah kerepot.

Pukul 6 tu kami balik dan menuju ke jalan bugis beli ole ole, makan di kafe kampung glam di jalan arab kot, Kat situ ada masjid sultan.

Esok nya balik naik ktm jugaj, harga rm5 seorang, 4 org jadi rm20, beli awal 2 minggu juga, beli online, jgn beli di singapore, mahal, dia jadi rm15 seorang

Setakat tu je la percutian kami, simple je, sesuai utk yg ada anak kecik

Marina Bay Sands